Saturday 24 January 2015

PERTUBUHAN OIC

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)
  • Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.
  • Idea Tunku Abdul Rahman.
  • Semasa ditubuhkan terdapat 57 buah negara dan 3 negara sebagai pemerhati.
  • Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang.
  • Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.
  • Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.
  • Bersama-sama memastikan tempat tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.


PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC

  •  Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam. Antaranya adalah mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan , menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina dan membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan 

  • Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di Iran.Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun.

  • Dalam bidang pendidikan pula, Negara-negara OIC turut memajukan pendidikan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan university-universiti Islam seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sebagainya. Antara usaha yang dilakukan oleh Malaysia adalah memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.



  • Negara Malaysia telah diberi kepercayaan untuk turut terlibat dalam beberapa Jawatankuasa/Kumpulan penting dalam OIC seperti Kumpulan Bosnia Herzegovina, Kosovo, Palestin, Somalia dan Sierra Leone, di mana Malaysia adalah Pengerusinya. Malaysia juga dilantik sebagai Pengerusi dalam Kumpulan 13 buah negara OIC mengenai keganasan.


  •  Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting. Contohnya, Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan (1-3 April 2002), Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (13-14 Jun 2002), Mesyuarat Susulan Peringkat Pegawai Kanan Mengenai Pelancongan (5-7 September 2003), Sidang ke-27 Menteri-menteri Luar OIC (27 Jun 2000), Sidang Kemuncak ke-10 OIC (16-18 Oktober 2003) dan berbagai-bagai mesyuarat lain pada peringkat Menteri dan juga pegawai-pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat  Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

  • Kejayaan terbesar bagi pertubuhan OIC ialah apabila Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengiktiraf peranan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin.

No comments:

Post a Comment